Olahraga

Bekas atlet olahraga Sukan Asia Rajemah meninggal dunia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Allahyarham Rajemah menghembus nafas terakhir pada Khamis.

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

BEKAS jaguh atlet olahraga negara, Rajemah Sheikh Ahmad meninggal dunia pada Khamis.

Allahyarham Rajemah,77, merupakan atlet olahraga tanah air yang terkenal suatu ketika dahulu berikutan pencapaiannya selepas meraih pingat gangsa dalam acara 4×100 pada Sukan Asia pada 1966 di Bangkok.

Adiknya, Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad memaklumkan berita sedih ini kepada CakapSukan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Dengan dukacita dimaklumkan Kakak saya RAJEMAH Sheikh Ahmad telah dijemput oleh Allah Lepas Zohor tadi. Inalillahwainahirajiun. Doakan agar rohnya direstui ke Jannah”.

Sebelum ini dilaporkan keadaan kritikan bekas pengurus Sukan SEA serta Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2019 selepas bertarung nyawa berdepan dengan penyakit kanser pankreas tahap akhir sejak setahun lalu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: