Olahraga

“Jawapan KOM kepada rayuan Hup Wei sangat ‘kasar’, tak masuk akal”!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: SURYATI MOHD NOR

AMAT mengecewakan apabila seorang atlet elit terpaksa membuat rayuan untuk membawa jurulatih sendiri ke temaysa berprestij, Sukan Olimpik.

Namun agak lebih menyedihkan rayuan jaguh lompat tinggi tanah air yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo secara wildcard itu ditolak oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Bekas Presiden Persatuan Jurulatih-Jurulatih Olahraga Kebangsaan (MTFCA) Datuk Mohd Musa Noor Mohd mendedahkan jawapan yang dianggap ‘kasar’ daripada KOM kepada Hup Wei.

Mohd Musa yang juga merupakan bekas Pengarah Pengarah Pusat Prestasi Tinggi Olahraga Asia (IAAF HPTC) berkongsi maklum balas daripada KOM itu daripada sumber terdekatnya.

“KOM membalas ‘Mr. Lee Hup Wei, your appeal letter is very late. Sorry for the inconvenience caused’.

“Saya sendiri tengok apa yang dibalas KOM itu kepada Hup Wei yang bagi saya sangat tidak akal.

“Saya amat terharu dengan keadaan semasa yang melibatkan satu-satunya atlet dari negara kita yang telah melayakkan secara automatik dengan pencapaian terbaik Hup Wei.

“Dia ke temasya yang paling unggul diperingkat dunia dijadikan sebagai ‘sampah’ oleh KOM Hup Wei telah mengemukakan surat rayuan merayu membenarkan jurulatihnya ke Olimpik dijawab secara kasar.

“Seorang atlet yang telah mengharumkan nama negara dipersada sukan dunia dihalang dari haknya.

“Apabila kepentingan seorang atlet yang telah mengharumkan nama negara diperkecilkan serta dimalukan oleh ‘bapanya’ (KOM) sendiri.

Maka perlu ke persatuan sebegini wujud yang lebih mementingkan diri sendiri dari membantu menyelesaikan kemelut atlet yang terlibat?,” ujarnya kepada CakapSukan.

Bagaimana pun Mohd Musa memberitahu, beliau sedikit lega apabila mengetahui Presiden Majlis Sukan Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini.

“Presiden MOM berkata sebelum ini bahawa ‘sebarang pemilihan adalah atas keputusan MOM , dan perlulah cenderung kepada pencapaian atlet berkenaan kerana keperluan logistik bagi atlet akan dikendalikan oleh pihak sekretariat MOM’.

“Seperti mana saya telah tegaskan sebelum ini dan saya tidak berganjak bahawa KOM masih main politik demi mengukuhkan kerusinya sebagai presiden untuk tempoh akan datang,” ujarnya.

KOM sebelum ini menerima kritikan kerana mahu menghantar pegawai daripada persatuan negeri berbanding jurulatihnya, untuk temasya sukan terbesar dunia itu.

Hup Wei telah menghantar surat rayuan kepada KOM Rabu lalu untuk membawa jurulatihnya Alexander Gasparyan ke Sukan Olimpik Tokyo.

Atlet berusia 34 tahun yang dijangka membuat penampilan ketiga di Olimpik Tokyo selepas Olimpik Beijing 2008 dan London 2012.

Hup Wei yang juga juara Asia 2007 dan pemenang pingat emas Sukan SEA tiga kali adalah atlet olahraga terbaik Malaysia dalam ranking Olahraga Dunia, yang dikemas kini pada 31 Mei.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: