Olahraga

Revolusi teknologi ‘spike’ Puma-Mercedes AMG Petronas F1 berbaloi di Tokyo 2020

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Warholm berkongsi senjata rahsia kemenangan di Tokyo 2020. Foto: Puma

Oleh: SURYATI MOHD NOR

DUA minggu sebelum temasya bermula Julai lalu, pengeluar jenama sukan terkenal Puma berkongsi rahsia ‘sesuatu’ akan berlaku di pentas olahraga Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dan ianya benar berlaku apabila pelari 400 meter berpagar lelaki Karsten Warholm memecah rekod dunia dengan catatan 45.94 saat, memperbaiki rekod lamanya 46.70s.

Apa yang menarik dan menjadi tumpuan, usaha Puma yang bekerjasama dengan Mercedes AMG Petronas F1 dalam melahirkan kasut larian paling ringan yang digelar Evospeed Future Faster+ dan Evospeed Tokyo Future Nitro Faster+ untuk Warholm dan atlet Kanada, Andre De Brasse (200 meter, 100m dan 4x100m) telah membuahkah hasil yang menakjubkan.

Rekod dunia baharu dicipta Warholm pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Kedua-dua mereka ini telah mencipta rekod tersendiri selain meraih emas dalam acara masing-masing.

“Untuk menghasilkan ‘spikes’ terbaik untuk atlet yang mematuhi peraturan, kami berhubung dengan jurutera-jurutera dalam pasukan Mercedes AGM Petronas F1 bagi memastikan kasut trek terbaik dicipta.

“Ia direka seiring dengan maklumat setiap atlet yang diterima daripada jurulatih mereka, pasukan telah menghasil kasut larian Puma terbaik setakat ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puma Bjorn Gulden.

Kasut trek khas yang menggunakan karbon fiber dicipta untuk kepantasan luar biasa.

Sementara itu CEO Mercedes AMG Petronas Motorsport Fromula One Team Toto Wolff berkata: “Kerjasama dengan Puma satu gandingan semula jadi, kasut trek memerlukan kepantasan seperti jentera perlumbaan yang perlu dipandu laju.

“Sama ada anda mencipta jentera perlumbaan yang hebat atau kasut trek yang sempurna, ia berbalik kepada jurutera-jurutera yang meletakkan prestasi sebagai keutamaan.

“Kami telah menggunakan pengalaman dan kepakaran rekaan menggunakan karbon fiber dan dalam masa sama mempelajari penglibatan inovatif kasut trek yang sama rumit dengan jentera F1,” jelasnya.

Kasut trek yang dihasil merupakan kerjasama sentuhan daripada jurutera-jurutera Mercedes AMG Petronas F1 .

Malah Karsten mengakui kasut yang dipakainya ketika berlari memainkan peranan penting.

“Apa yang penting saya berlari bergantung kepada apa yang dipakai di kaki. Inilah sebabnya anda mahu tapak karbon fiber untuk membawa ke arah yang betul. Jadi  ketika berlari, anda mempunyai jangka  masa yang singkat ketika menyentuh trek, hanya satu saat, jadi anda mahu sesuatu sangat pantas,” jelasnya yang menggunakan kasut trek Evospeed Tokyo Future Faster.

De Grasse turut melahirkan rasa teruja selepas merangkul pingat emas acara 200m,  manakala dua gangsa bagi acara 100m dan 4x100m.

De Grasse merangkul tiga pingat di Tokyo 2020. Foto: Puma

Saya percaya bahawa kerjasama antara PUMA dan Mercedes AMG Petronas F1 sangat baik untuk jenama ini. Cukup hebat kerana saya sebenarnya mempunyai karbon fiber yang turut digunakan dalam jentera F1 Lewis Hamilton.”


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: