TAHUKAH anda, Marc Marquez belum kalah sepanjang perlumbaan di Litar Sachsenring. MotoGP Jerman 2021 dijangka akan menjadi momentum kebangkitan The Baby Alien musim ini.
Prestasi Marquez di MotoGP 2021 masih jauh dan boleh dikatakan kurang memuaskan. Sejak melakukan kemunculan selepas pulih daripada kecederaan pada saingan MotoGP Portugal 2021, dia hanya mampu meraih 16 mata dari lima pusingan.
Penunggang pasukan Repsol Honda itu juga sukar merebut kedudukan podium. Pernah berada dalam kelompok hadapan, tetapi gagal menamatkan perlumbaan akibat kemalangan.
Minggu ini, Marquez dinilai bakal kembali tampil ganas ketika bersaing di Sachsenring, seperti diperkatakan oleh Fabio Quartararo.
“Saya rasa dia (Marc Marquez) akan berada di sana akhir minggu ini. Maksud saya, ini adalah litar yang mana dia meraih 10 kemenangan dan 10 kali pole,” kata Quartararo, dipetik dari Crash.






Add Comment