
KEVIN De Bruyne membuktikan kehebatannya apabila meledak satu gol dan membuat satu bantuan gol untuk membawa Belgium ke pusingan 16 pasukan terbaik hasil kemenangan 2-1 ke atas Denmark di Copenhagen.
Dalam pertembungan menarik ini, Denmark bermula garang dan berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-2 oleh Yussuf Paulsen yang tenang merembat ke bucu gawang Belgium selepas kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan.
Satu penghargaan buat Christian Eriksen dilakukan pada minit ke-10 di mana kesemua pemain dan pegawai perlawanan berhenti dan melakukan tepukan hormat selama seminit. Minit ke-10 dipilih sebagai simbolik nombor jersi yang dipakai Eriksen.
Belgium cuba menyerap tekanan dan mula melakukan beberapa percubaan bahaya tetapi berjaya digagalkan barisan pertahanan Denmark untuk keputusan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.
Roberto Martinez membuat pertukaran dengan mengeluarkan Diers Mertens dan memasukkan penyerang Manchester City, Kevin De Bruyne untuk menambah sengat barisan serangan Belgium.
Pertukaran itu membuahkan hasil apabila pada minit ke-55, Belgium berjaya menyamakan kedudukan menerusi Thorgan Hazard yang mudah menolak bola masuk hantaran De Bruyne hasil serangan balas pantas yang dimulakan Romelo Lukaku.
Gandingan Lukaku – De Bruyne berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Denmark dan akhirnya pada minit ke-70 Belgium dihadapan hasil jaringan cantik De Bruyne juga hasil dari kerja keras Lukaku.
Denmark yang semakin terdesak mencari mata pertama kejohanan tidak berputus asa mengasak tetapi gagal melepasi Thibaut Cortous yang cemerlang mengawal gawang.
Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan dan Belgium layak ke pusingan seterusnya dengan enam mata menerusi dua kemenangan sementara Denmark mengharapkan keajaiban untuk layak.









Add Comment