EURO 2020

Jaringan Miranchuk pacu kemenangan Russia


Barisan pemain Russia meraikan kejayaan meraih tiga mata pertama menewaskan Finland, 1-0 sebentar tadi. (Foto : Euro 2020)

JARINGAN tunggal pemain tengah Russia, Aleksei Miranchuk dipenghujung babak pertama memastikan tiga mata penuh buat pasukan mengatasi Finland, 1-0 pada aksi kedua Kumpuan B, Euro 2020 di Stadium Saint Petersburg, sebentar tadi.

Menguasai 58 peratus perlawanan dengan melakukan sekurang-kurangnya 14 percubaan, skuad bimbingan Stanislav Cherchesov terpaksa menunggu pada masa kecederaan separuh masa pertama untuk mendahului lawan.

Finland yang sebelum ini meraih kemenangan mengatasi Denmark, 1-0 turut memiliki beberapa peluang melalui penyerang Norwich City, Teemu Pukki namun kekentalan benteng pertahanan lawan menafikan impian Finland untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.

Bagi Russia pula, tiga mata yang diraih malam ini pastinya amat berharga selepas mereka kecundang 0-3 di tangan Belgium pada aksi pertama peringkat Kumpulan B, 12 Jun lalu.

Kemenangan ini meletakkan Russia dikedudukan kedua berkongsi tiga mata bersama dengan Finland dan bakal bertemu Denmark pada aksi terakhir peringkat kumpulan pada 21 Jun nanti.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading