EURO 2020

CR7 lakar kegemilangan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kesebelasan utama Portugal yang turun beraksi menentang Hungary.

KETUA pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo terus mencipta kegemilangan dalam karier profesionalnya apabila menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa dalam sejarah Kejuaraan Eropah.

Ronaldo, pemain pertama tampil dalam lima Kejohanan Eropah, kini menjaringkan 11 gol dalam kejohanan berkenaan, melepasi catatan sebelumnya dengan sembilan gol milik pemain Perancis, Michel Platini

Pada aksi pembukaan Kumpulan F Euro 2020 menentang Hungary di Budapest, Ronaldo menjaringan dua gol menerusi sepakan penalti dipenghujung babak perlawanan untuk membantu kemenangan pasukan mengatasi lawan, 3-0.

Dalam aksi menarik yang dipamerkan kedua-dua pasukan, Portugal akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan menerusi pemain pertahanannya, Raphael Guerreiro pada minit ke-84.

Portugal kini memimpin Kumpulan F bersama Perancis yang turut melakar kemenangan mengatasi Jerman, 1-0.

Selepas ini Portugal bakal Perancis manakala Jerman menentang Hungary pada 24 Jun 2021.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: