EURO 2020

Sedikit kesilapan hukum kami – Dalic


Dalic mengakui sedikit kesilapan memberikan ruang buat England menjaringkan gol. (Foto : Euro 2020)

KETUA Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic melihat sedikit kesilapan pada separuh masa kedua memberi pengajaran berguna buat barisan pemainnya apabila terpaksa akur dengan kekalahan tipis 0-1 ketika menentang England dalam aksi Kumpulan D, Euro 2020 di Stadium Wembley, malam tadi.

Selepas berjaya mengekang asakan berterusan sepanjang 20 minit awak di separuh masa pertama, Croatia mula mengatur langkah mengimbangi corak agresif tuan rumah yang dilihat hilang punca memecahkan benteng pelawat.

Bagi Dalic, pemainnya berjaya mengikut perancangan pasukan namun berdepan England bukanlah tugas mudah.

“Kami berjaya mengekang asakan lawan malah ada ketikanya mereka juga tertekan, ini sangat menggembirakan saya dan itu akan lebih baik dalam perlawanan yang akan datang.

“Dalam serangan kami tidak banyak menunjukkan kualiti yang sebenar. Tahniah kepada England dan juga barisan pemain Croatia.

“Ini adalah perlawanan yang sukar. Sedikit kesilapan dimanfaatkan lawan dengan menjaringkan gol,” katanya.

Josko Gvardiol (kiri) yakin dia dan rakan sepasukan akan bangkit pada perlawanan seterusnya. (Foto : Euro 2020)

Sementara itu bagi pertahanan kiri Croatia, Josko Gvardiol berkata, dia dan rakan sepasukan tidak mempamerkan aksi yang sebenar dan ia merupakan satu kerugian.

“Ini adalah perlawanan pertama saya untuk Croatia di kejohanan utama,  kami tahu England adalah antara pasukan pilihan di kejohanan itu, tetapi saya rasa kami tidak memberikan yang maksimum.

“Saya harap nasib kami akan berbeza pada perlawanan seterusnya,” tegasnya.

Selepas ini Croatia akan menentang Republik Czech manakala England menentang Scotland, 19 Jun nanti.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading