EURO 2020

Kenapa Phillips jadi pilihan berbanding Henderson


Phillips (kanan) dilihat berjaya memimpin jentera tengah bersama Rice dan Mount.

HARAPAN penyokong Liverpool menyaksikan kelibat ketua pasukannya, Jordan Henderson turun beraksi dalam skuad England menentang Croatia tidak kesampaian apabila pemain berusia 30 tahun langsung tidak diturunkan sepanjang 90 minit perlawanan.

Hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan oleh Ketua Jurulatih England, Gareth Southgate bersama Jack Grealish (Aston Villa) dan Bukayo Saka (Arsenal) kecemerlangan pemain muda Kalvin Phillips ( Leeds United/ 25 tahun), Declan Rice (West Ham United / 22 tahun ) dan Mason Mount (Chelsea/22) menjadi taruhan mengemudi jentera tengah England.

Penampilan The Three Lions pada Euro 2020 kali ini nampaknya berbeza dengan kebanyakkan pemain yang diturunkan masih muda tetapi penuh dengan pengalaman dengan hanya beberapa pemain lama disenaraikan antaranya Raheem Sterling (Man City /26 tahun ) Harry Kane (Spurs /27 tahun).

Gareth Southgate

Bagi Southage, kehadiran Phillips dalam pasukan memberikannya banyak pilihan untuk membentuk serangan ke hadapan bersama Rice dan Mount.

“Kami memintanya memainkan posisi yang lebih maju ke depan sebagaimana dilakukan ketika bersama kelab (Leeds United) dan dia melakukannya yang memberikan pasukan untuk bertambah yakin bila melakukan serangan.

“Dia (Phillips) bergerak secara efektif bersama Mount dan Rice. Secara teknikal dia bagus.

“Kalvin adalah lelaki yang hebat apabila bekerjasama dengannya , begitu sederhana dan saya fikir prestasinya luar biasa akan memberikan lebih impak buat pasukan,” tegasnya.

Pada aksi yang memihak England mengatasi Croatia dengan keputusan 1-0 , Phillips memainkan peranan penting apabila kawalan bola dan hantarannya tepat kepada Raheem Sterling untuk gol tunggal perlawanan.

> Statistik Kalvin Phillips

  • Masa permainan : 90 minit
  • Ketepatan hantaran : 31/34
  • Percubaan : 1
  • Hantaran / Assists : 1
  • Kekasaran ; 3
  • Kelab semasa : Leeds United

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading