EURO 2020

The Blazers rasai aura getir di Wembley

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain Croatia kini bersedia berdepan England pada aksi getir Kumpulan D malam ini. (Foto : Euro 2020)

KETUA Jurulatih Croatia, Zlato Dalic mengakui aksi getir bakal dihadapi barisan pemainnya apabila berdepan England pada pembukaan Kumpulan D Euro 2020 menentang England di Stadium Wembley malam ini.

Namun bagi Dalic turun beraksi malam ini bukanlah sekadar mempamerkan corak bertahan tetapi permainan menarik bagi memastikan keputusan positif diraih.

“Kami akui berdepan pasukan (England) yang merbahaya dari segi semua posisi, beraksi menentang pasukan memiliki kualiti tinggi. Permulaan aksi adalah penting dan mahukan ia berakhir dengan keputusan positif.

“Saya jangkakan aksi yang sukar tetapi barisan pemain yang diturunkan malam ini memiliki kualiti terbaik dan kami tidak takut. England beraksi dalam tempo yang laju , agresif dalam menyerang dan mereka memiliki ramai pemain utama,” tegasnya.

Sementara itu ketua pasukan The Blazers, Luka Modric menggesa rakan sepasukan agar sentiasa berwaspada dengan gerakan agresif lawan terutamanya dari pemain-pemain muda.

“England adalah pasukan terbaik dengan variasi pemain muda berkualiti, mereka merbahaya tapi kami percaya perlawanan ini akan menarik,” tegasnya.

Berdasarkan kedudukan ranking dunia semasa ketika ini, England yang dibimbing Gareth Southgate berada dikedudukan keempat manakala Croatia pula di tangga ke-14.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: