EURO 2020

Chris… Chris, saya sayang kamu!


Image

PENYERANG  Inter Milan, Romelu Lukaku memberikan pesanan sokongan di Saint Petersburg kepada rakan sekelab sebaik sahaja meledak gol pembukaan Belgium pada Euro 2020.

Romelu Lukaku memberikan penghormatan kepada Christian Eriksen ketika menentang Rusia yang secara tiba-tiba rebah pengsan pada pertemuan di Copenhagen bertemu Finland.

Lukaku dan Eriksen saling beriringan membantu Nerazzurri meraih gelaran Serie A pertamanya setelah lebih dari satu dekad pada musim 2020/21.

Malah, kedua-dua pemain itu dijangka akan bertembung sesama sendiri di Copenhagen pada 17 Jun, namun rakannya itu kini dikejarkan ke hospital.

Berlari ke tepi padang, bekas pemain Manchester United itu lantas memberi isyarat supaya rakan sepasukannya datang untuk bergabung dengannya dan menuju ke arah kamera televisyen terdekat dan secara emosi menjerit ke lensa: “Chris, Chris, saya sayang kamu.”

Diahamkan, Eriksen berada dalam kondisi stabil dan kembali sedar selepas diberi bantuan pemeriksaan kecemasan di Rigshospitalet.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: