EURO 2020

Syukur, Christian Eriksen dah stabil


Image
Eriksen diberi bantuan pernafasan oleh petugas kesihatan.

PENGARAH Persekutuan Bola Sepak Denmark, Peter Moller memberitahu Christian Eriksen sudah mula bercakap dengan rakan sepasukan di hospital selepas tiba-tiba rebah di padang.

Pertandingan terhenti pada hujung babak pertama, awal pagi tadi apabila Eriksen pengsan di Parken Arena. Bintang Inter Milan segera dihantar ke hospital dan laporan terkini menyebut bahawa dia dalam kondisi yang stabil.

“Pemain ini telah dipindahkan hospital dalam kondisi stabil,” demikian tweet dari UEFA.

FA Denmark juga dalam ciapan di Twitter menulis : “Christian Eriksen sudah sedarkan diri dan sedang menjalani pemeriksaan lebih lanjut.”

Pada pertandingan itu, Denmark memilih untuk meneruskan saingan, yang berakhir dengan kekalahan 1-0 kepada Finland, setelah sempat ditangguhkan lebih dari 90 minit.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading