PEMAIN Denmark, Christian Eriksen tiba-tiba rebah ketika perlawanan bertemu Finland dan diberikan rawatan perubatan kecemasan di tepi padang dalam situasi yang sangat membimbangkan.
Pemain tengah itu tiba-tiba rebah ketika hendak menyambut hantaran lontaran ke dalam pada minit ke-43 di Stadium Parken Copenhagen, dengan pasukan medik bergegas untuk memeriksa keadaannya.
The UEFA EURO 2020 match in Copenhagen has been suspended due to a medical emergency.
ā UEFA (@UEFA) June 12, 2021
Pasukan perubatan melakukan CPR kepada Eriksen sambil rakan-rakan sepasukan mengelilinginya membuat benteng dalam keadaan menyedihkan. Para penyokong juga turut sama menangis atas rasa bimbang dengan perkara yang berlaku.
Berikutan insiden mengejutkan itu, perlawanan ini telah ditangguhkan menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur menerusi laman sosial.
Add Comment