EURO 2020

VAR nafikan kemenangan Switzerland


Barisan pemain Switzerland terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Wales. (Euro2020)

HASRAT Switzerland meraih tiga mata pada aksi pertama Kumpulan A Euro 2020 menentang Wales tidak kesampaian apabila jaringan penyerang gantian, Mario Gavranovic dipenghujung perlawanan dinafikan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Gavranovic yang masuk menggantikan Haris Seferovic pada minit ke 84 bijak menghidu hantaran lintang rakan sepasukan untuk menjaringkan gol kedua namun jaringan pada minit ke 88 itu dibatalkan kerana pemainitu berada dalam kedudukan offside.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpik Baku sebentar tadi, Switzerland dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan berbanding Wales yang hanya mempamerkan corak bertahan.

Tiada banyak percubaan merbahaya dipamerkan kedua-dua pasukan sehingga mereka beredar ke bilik persalinan dengan kedudukan seri tanpa jaringan.

Memasuki babak kedua, corak serangan lebih agresif dipamerkan Switzerland dan mereka akhirnya berjaya mendahului Wales hasil jaringan Breel Embola pada minit ke-49.

Gol tersebut nyata menyedarkan Wales yang akhirnya mula mempamerkan corak permainan menyerang dan mereka berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Kieffer Moore pada minit ke-74.

Berbaki 15 minit , kedua-dua pasukan merubah rentak permainan yang lebih agresif dan menyerang namun ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan gagal memastikan gol kedua diperolehi.

Kejayaan Gavronic yang meledak gol kedua buat Switzerland yang diraikan rakan sepasukan dipenghujung babak kedua bagaimanapun hanya seketika apabila pengadil perlawanan dari Perancis , Clement Turpin bertindak melihat semua jaringan melalui VAR selepas pemain Wales membantah jaringan berkenaan.

Turpin yang dibantu François Letexier selaku pembantu pengadil (VAR) akhirnya membuat keputusan membatalkan jaringan gol kedua Switzerland yang dihasilkan Gavronic dan keputusan kekal seri 1-1 sehinggalah tamat perlawanan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: