Komentar

Cik Li bukan sekadar berkhidmat di belakang tabir

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nukilan MOHD FARIQ

HARI ini peminat bola sepak khususnya penyokong Selangor berdukacita di atas pemergian Rosli Nuruddin pada hari ini.

Rosli yang lebih dikenali Cik Li dalam kalangan peminat skuad Gergasi Merah, difahamkan meninggal dunia selepas mendapat serangan sakit jantung.

Segelintir mungkin tidak tahu siapakah Cik Li tetapi bagi penulis, beliau antara salah satu elemen dalam proses kegemilangan bola sepak Selangor ketika era 90an dahulu.

Sebelum Cik Li menyertai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun 2013, beliau merupakan pemandu bas kepada pasukan bola sepak Selangor bermula tahun 90an.

Jujur cakap, penulis cukup rapat dengan Cik Li disebabkan Cik Li merupakan seorang peramah dan mesra dengan semua orang termasuk media.

Cik Li kemudiannya menamatkan perkhidmatannya sebagai Penyelia Keselamatan dan Kebersihan di Unit Pentadbiran FAM pada Januari lalu.

Benar tugas beliau sebahagian besar bersama pasukan Selangor sekadar pemandu sahaja di mana diberikan tanggungjawab membawa pemain atau pegawai ke destinasi yang diarahkan

Namun bagi penulis, Cik Li antara insan yang sentiasa diingati oleh pemain dan pegawai ketika di luar padang.

Sejujurnya bagi pendapat penulis, Cik Li juga antara individu patut diberikan penghormatan sebagaimana beliau telah diberikan tugas untuk membawa pemain ternama dan pasukan hebat seperti Selangor pada era 90an.

Ismail Ibrahim

Antara salah satunya adalah bekas kapten skuad Gergasi Merah, Ismail Ibrahim tersentak dengan pemergian Cik Li yang dianggap seperti ahli keluarganya sendiri.

“Arwah sangat rapat, bagaikan ahli keluarga sendiri. Saya masih ingat lagi ketika beliau membawa bas pasukan Selangor dari Kangar ke Johor, semua terasa bagaikan seorang abang yang menjaga rapat adik-adiknya.

“Itulah kekuatan Cik Li yang sememangnya sentiasa amanah. Mungkin orang luar tak nampak jasa beliau di luar padang tetapi pemain Selangor amat menghargai individu hebat seperti Cik Li,” katanya.

Asmawi Bakiri

Bekas pemain Selangor, Asmawi Bakiri turut senada dengan Ismail memberitahu: “Beliau sememangnya sebahagian daripada keluarga bola sepak Selangor dan kami sangat bersedih dengan perkhabaran hari ini.

“Beliau merupakan pemandu kami ketika zaman kami bermain dan beliau tahu apa pemain-pemain lalui baik ketika menang atau kalah ketika itu.

S Sivasundaram

Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram turut tidak terlepas melahirkan kesedihan di atas pemergian Cik Li yang dianggap sebagai salah seorang sahabat cukup rapat dalam dunia bola sepak

“Beliau sangat rapat dengan saya dan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.

“Saya juga berada dalam bas ketika bersama skuad Selangor pada era 90an di mana ketika itu beliau membawa kesemua pemain dengan penuh komited dan sentiasa memastikan semua pemain bersedia sebelum berlepas kemana-mana destinasi,” ujarnya.

AL-FATIHAH


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: