Bola Sepak

Cheng Hoe akui ‘tiada tuah’ jumpa Vietnam


De Paula dikawal rapi oleh pemain-pemain Vietnam. Foto: FAM

Oleh: SURYATI MOHD NOR

“KITA tidak bertuah,” luah pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe selepas tewas tipis 1-2 kepada Vietnam awal pagi Sabtu.

Bagaimanapun, Cheng Hoe secara keseluruhannya memuji pemain-pemain yang diturunkan beraksi dengan baik.

“Kita tahu ia bukan perlawanan mudah namun semua pemain telah memberi komitmen dan disiplin yang cukup baik, melakukan transisi selepas perlawanan pertama tempoh hari (bertemu (UAE). Cuma kita hilang sedikit konsentrasi di ’set piece’.

“Namun sudah tentu kedua-dua pasukan mempunyai peluang, permainan yang sangat terbuka… tetapi malang kami tewas dengan jaringan penalti lawan,” ujarnya ketika sidang selepas perlawanan di Stadium AL Maoktoum, Dubai.

Dalam pada itu, Cheng Hoe mengakui tugas pasukan masih belum selesai apabila bakal berdepan dengan Thailand 15 Jun ini.

“Peluang sangat tipis untuk pusingan seterusnya (pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022) tetapi kita akan fokus untuk kelayakan Piala Asia ke pusingan seterusnya,” tambah Cheng Hoe.

Pada perlawanan tersebut gol tunggal negara dirakam oleh penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula menerusi sepakan penalti pada separuh masa kedua.

Malaysia akan meneruskan satu lagi perlawanan akhir Kumpulan G Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Thailand 15 Jun ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading