Bola Sepak

Saingan Liga M 2021 kembali bersambung Julai

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan kalendar Liga Malaysia kembali bersambung pada Julai depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, kempen Liga Premier 2021 bermula 3 Julai 2021 manakala tirai Liga Super 2021 kembali bersambung pada 24 Julai 2021.

Namun Ab Ghani memberitahu bahawa beberapa pindaan jadual terpaksa dilakukan selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bermain di Liga Juara-Juara Asia (ACL) manakala Kedah Darul Aman FC (KDA) dan Terengganu FC (TFC) bersaing dalam kempen Piala AFC diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang ke tanah air.

Selain itu tarikh baharu perlawanan juga melibatkan dua perlawanan Liga Premier yang tertunda sebelum ini di antara Selangor FC 2 dengan Sarawak United FC ekoran cuaca buruk dan Perak FC II menentang Kelantan FC disebabkan pemain-pemain Kelantan FC diarahkan untuk kuarantin selama 10 hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akibat terdapat pemain mereka didapati positif Covid-19.

“Kedua-dua perlawanan tertunda itu akan dipinda pada tarikh baharu iaitu Perak II bertemu Kelantan FC di Stadium Ipoh Perak pada 29 Jun 2021 manakala Selangor 2 menentang Sarawak United bakal berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 30 Jun 2021.

“Selain daripada itu, pindaan jadual Liga Malaysia juga tidak dapat dielakkan selepas JDT yang akan mengharungi kempen ACL di Thailand dikehendaki kuarantin selama 14 hari selepas pulang ke tanah air. Sementara KDA dan TFC yang akan beraksi dalam Piala AFC dijangka akan menjalani prosedur kuarantin yang sama namun sehingga kini Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) masih belum menetapkan tarikh dan venue baharu bagi kejohanan berkenaan.

“Sebelum ini pasukan hanya dihendaki kuarantin selama tujuh hari sehaja selepas pulang dari luar negara tetapi KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan kuarantin selama 14 hari bagi mengelakkan sebarang pembawa virus baharu masuk ke dalam negara.

“Selain daripada itu, pasukan kebangsaan yang pulang dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas bermain dalam kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 turut menjalani kuarantin selama 14 hari juga antara salah satu faktor jadual Liga Super dan Liga Premier dipinda,” katanya dalam satu kenyataan rasmi sebentar tadi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: