Bola Sepak

Bolasepak Malaysia bersedih, bapa Cheng Hoe meninggal dunia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

BERITA sedih buat kem bola sepak kebangsaan menjelang perlawanan bertemu Vietnam awal pagi esok selepas menerima perkhabaran duka bapa ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe meninggal dunia hari ini.

Bapa kepada Cheng Hoe iaitu Tan Chooi Siak, 95 dilaporkan meninggal dunia kerana sakit tua kira-kira jam 2 petang hari ini di Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, menerusi kenyataan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bapa Cheng Hoe, Tan Chooi Siak menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun di kediaman mereka di Taman Pelangi, Alor Setar, sebentar tadi.

“FAM mengucapkan takziah kepada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe atas pemergian bapanya, Tan Chooi Siak, 95 pada hari ini, Jumaat 11 Jun 2021.

“Semoga pemain dapat balas kepercayaan dengan kemenangan malam ini,” ujar kenyataan tersebut.

Salam takziah dari CakapSukan buat keluarga mendiang.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: