Bola Sepak

Harapan Harimau Malaya kutip mata tidak kesampaian

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

De Paula menjaringkan gol tunggal negara. Foto: FAM

 

HARAPAN untuk menyaksikan pasukan Malaysia menang atau sekurang-kurangnya satu mata ke atas Vietnam tidak kesampaian apabila tewas 1-2 di Stadium AL Maktoum awal pagi Sabtu.

Pasukan lawan meraih gol pertama menerusi Nguyen Tien Linh pada minit ke-27 permainan.

Bagaimana pun , gol tersebut tidak mengganggu permainan anak buah Tan Cheng Hoe yang turut melakukan beberapa percubaan ke arah gawang lawan.

Babak kedua menyaksikan permainan lebih menarik apabila kedua-dua pasukan cuba melakukan pergerakan berbahaya mencari peluang gol.

Pemain naturalisasi negara, Guilherme de Paula berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-72.

Namun detik kekecewaan hadir minit ke-82 apabila Brendan Gan menjatuhkan pemain lawan di kawasan kotak penalti menyaksikan Vietnam berjaya menambah jaringan kedua menerusi sepakan penalti Que Ngoc Hai.

Keputusan tersebut kekal hingga ke wisel akhir.

Malaysia bakal berdepan dengan satu lagi perlawanan bertemu Thailand 15 Jun ini bagi melengkapkan aksi Kumpulan G Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: