
Oleh: SURYATI MOHD NOR
PEMAIN kacukan Malaysia-Belgium Dion Cools memberitahu aksi bertemu Vietnam adalah ‘di tangan pemain-pemain sendiri’.
Pemain berusia 25 tahun yang baharu menyertai skuad kebangsaan pada aksi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ini juga mengakui sudah menonton banyak video mengenai pasukan Vitenam yang kini menguasai kedudukan bagi Kumpulan G.
“Saya tidak pernah bertemu mereka, jadi ini pertama kali akan berjumpa Vietnam secara langsung dan saya akui mereka sebuah pasukan yang solid serta kuat… jadi ia akan menjadi cabaran besar untuk memecahkan barisan pertahanan.
“Tetapi seperti yang saya beritahu, kami telah banyak menjalani latihan untuk berdepan dengan cabaran ini.

“Jadi, ianya terpulang kepada kami untuk menunjukkannya di atas padang nanti,” ujarnya ketika sesi sidang media pra perlawanan awal pagi Jumaat.
Pada perlawanan pertama (Kumpulan G) bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu, Dion Cools turut memainkan peranan penting di barisan pertahanan negara, namun nasib tidak menyebelahi Harimau Malaya apabila tewas 0-4 kepada tuan rumah.
Perlawanan bertemu Vietnam ini dianggap misi penting untuk meraih mata sebelum aksi akhir kumpulan menentang Thailand 15 Jun ini.





Add Comment