Bola Sepak

Cheng Hoe akui Vietnam miliki kelebihan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Subkhi Sudarji

SELAIN memburu tiga mata penuh bagi mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya, Harimau Malaya turut mempunyai misi memastikan rekod tanpa kalah yang diraih Vietnam sejak 2016 lebur.

Namun bagi pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dia mengakui Vietnam memiliki kelebihan berbanding skuad negara khususnya daripada segi keserasian memandangkan mereka sudah lama ‘dihimpunkan’ di bawah kendalian jurulatih mereka, Park Hang Seo.

“Berdasarkan kajian kita mengenai Vietnam di bawah Hang Seo, kita nampak mereka dikumpulkan dalam kalangan pemain yang sama dan beraksi pada Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23), Sukan Asia serta Piala Asia 2019.

“Pemain ini ada keserasian yang cukup baik dan kekuatan mereka dari segi bermain sebagai satu unit. Apapun, kita sentiasa mencari jalan terbaik untuk melawan Vietnam dan mencuba beberapa lagi kombinasi terbaik untuk mendapatkan keputusan positif,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Cheng Hoe turut memaklumkan anak didinya kini berada keadaan terbaik dan sudah bersedia sepenuhnya menghadapi pertemuan hidup mati itu.

“Kita nampak dari segi permainan setiap hari (sesi latihan), kita nampak peningkatan cukup baik dan kita harap mereka mampu mengalas tugas nanti,” katanya.

Skuad negara yang tewas 0-4 kepada UAE minggu lalu wajib melakar kemenangan bertemu Vietnam, di Stadium Al Maktoum awal pagi Sabtu ini bagi menghidupkan peluang mara ke pusingan seterusnya sebelum menentang Thailand pada aksi terakhir 15 Jun ini.

Malaysia ketika ini berada di kedudukan keempat Kumpulan G dengan sembilan mata, sementara Vietnam, UAE dan Thailand di depan menerusi pungutan 14, 12 dan sembilan mata.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: