Bola Sepak

De Paula ambil kritikan buruk sebagai ‘booster’, “Normal dalam bola sepak”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

De Paula mengambil tanggungjawab di atas corak permainannya. Foto: FAM

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PENYERANG sensasi skuad Harimau Malaya Guilherme De Paula tidak terkesan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan oleh netizen selepas aksi pertama Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jumaat lalu.

Pemain naturalisasi negara berusia 35 tahun itu dikritik gara-gara tidak mempamerkan aksi sebenar dan kurang menyengat sebagai penyerang negara.

Bagaimana pun bekas pemain Perak FC kelahiran Brazil ini menganggap segala komen yang dilemparkan kepadanya di media sosial adalah lumrah sebagai pemain bola sepak.

“Saya sudah memberi yang terbaik. Saya bermain seperti perlawanan akhir. Tetapi… ya, sebagai pemain naturalisasi memang jangkaan sangat tinggi diletakkan dan apabila ianya tidak mendapat apa yang orang mahu, saya kena kritik.

“Saya tidak kisah tentang kritikan yang dilemparkan tetapi biarlah ada fakta. Saya mengambil semua kritikan itu sebagai ‘booster’. Bagi saya ia adalah normal dan selalu berlaku dalam bola sepak,” jelasnya ketika sidang media Harimau Malaya pada Rabu.

Tambah De Paula lagi, perasaannya sekarang dalam keadaan baik bersama barisan pemain-pemain lain dalam persiapan menjelang perlawanan kedua Kumpulan G bertemu Vietnam awal pagi Sabtu ini.

“Pemain naturalisasi menjadi perhatian apabila tewas baru-baru ini. Tetapi kalau keputusan 1-0, 2-1 atau 2-2 orang tak akan cakap seperti sekarang.

“Mereka mahu lihat apa yang pemain naturalisasi boleh sumbangkan kepada Malaysia. Bagi saya, keutamaan adalah pasukan Malaysia. Kalau orang serang saya tanpa fakta ia tidak bagus.

“Saya sentiasa ada keyakinan tinggi terhadap pasukan yang ada pemain-pemain muda terbaik, pemain-pemain senior.

“Malah saya mengambil tanggungjawab cara saya bermain,” jelas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini.

Skuad negara bakal berdepan dengan cabaran sengit misi ‘wajib menang’ dalam baki dua perlawanan kumpulan bertemu Vietnam dan Thailand (15 Jun) selepas tewas 0-4 kepada UAE.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: