Antarabangsa

Pengurus ‘berasap’ kini milik Lazio

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Saari terkenal dengan sikapnya yang kuat merokok termasuk di tepi padang.

 

LAZIO secara rasminya melantik Maurizio Sarri sebagai pengurus baharu dengan kontrak selama dua tahun.

Kelab gergasi Serie A itu sebelum ini memberi bayangan menerusi laman Twitternya dengan memaparkan emoji ‘rokok’ sebelum menyiarkan gambar pakaian sukan dan bank.

Kesemua bayangan itu terarah kepada Sarri yang memang terkenal sebagai perokok tegar termasuk di luar garisan padang yang sentiasa  memakai ‘tracksuit’ kelab.

Sarri yang merupakan bekas pengurus bank menandatangani kontrak sehingga 2023 dan dijangka bakal membawa era baharu kelab Lazio.

Sarri bercadang membawa bekas pemainnya dari Chelsea, Loftus-Cheek.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Sarri ingin membawa pemain-pemain yang bersamanya ketika di Chelsea termasuk Ruben Loftus-Cheek antara senarai utama.

Pemain tengah The Blues itu masih mempunyai kontrak di Stamford Bridge sehingga 2024 namun musim lalu menghabiskan tempohnya di Fulham sebagai pemain pinjaman.

Sarri dikatakan tiba tepat pada masanya di Lazio selepas kelab itu dilaporkan agak goyang sebelum ini.-Dailymail


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: