Antarabangsa

Leicester City buat ‘pembersihan pemain’ termasuk Morgan, Fuchs

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Morgan tiba di Leicester City pada tahun 2012.

 

LEICESTER City membuat ‘pembersihan pemain’ dengan melepaskan sembilan pemain mereka termasuk bintang kesayangan penyokong Wes Morgan dan Christian Fuchs.

The Foxes menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangga kelima sekaligus gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara (CL) musim depan.

Morgan dan Fuchs antara pemain penting yang membantu Leicester menjuarai trofi EPL pada musim 2015/2016.

Kapten Morgan yang bersara sebaik sahaja tamat musim ini pada usia 37 tahun merekodkan lebih 300 penampilan bersama Leicester sejak berpindah dari Nottingham Forest tahun 2012 dengan nilai sejuta  paun.

Malah Morgan juga merupakan salah seorang pemain yang bertungkus-lumus menaikkan ranking kelab dengan membantu merangkul trofi Liga Kejuaraan, Piala FA dan Liga Perdana Inggeris serta turut beraksi untuk Liga Juara-Juara serta Liga Europa.

Morgan juga turut merekodkan 30 kap untuk Jamaica.

Sementara itu, Fuchs juga dianggap hero kelab dengan rekod aksi sebanyak 150 perlawanan sejak berpindah dari Schalke pada 2015 dan memainkan peranan besar ketika kempen kejuaraan.

Namun musim ini Fuchs,35, hanya tampil dengan sembilan perlawanan, manakala Morgan 10 aksi keseluruhan yang menyaksikan minit terakhir ketika Leicester bergelar juara Piala FA menang tipis 1-0 ke atas Chelsea.

Pemain lain yang turut dilepaskan kelab termasuk pemain-pemain muda Azeem Abdulai, Dempsey Arlott-John, Darnell Johnson, Layton Ndukwu dan Darragh O’Connor.

Manakala Matty James yang bermain hanya 15 aksi sepanjang enam musim turut dilepaskan. – Dailymail


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: