Bola Sepak Semasa

Usah termakan perangkap psikologi Hang Seo !

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Image
Hang Seo konon akan melepas jawatan jika kalah kepada Harimau Malaya, Jumaat ini.

Oleh : MOHD FAHMI  ISMAIL

SAYA akan melepaskan jawatan jika Vietnam tewas kepada Malaysia.”

Itu nada keyakinan tinggi Park Hang Seo kepada pihak media semalam dan mempercayai bahawa pasukan yang dikendalikan lebih baik dari Malaysia !

Persoalan turut berlegar-legar di kalangan pecinta bola sepak negara, adakah jurulatih Tan Cheng Hoe juga akan mengeluarkan kenyataan serupa seperti itu?

Mengikut jadual, skuad Harimau Malaya akan menentang Vietnam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jumaat ini.

Berbalik kepada kenyataan yang dibuat Hang Seo, ada seorang individu rakyat tempatan cukup mengenali permainan perangkap psikologi Hang Seo

Beliau adalah Mohd Hakimi Man, penolong ketua jurulatih Sarawak United III (SUFCIII) yang juga tenaga kejurulatihan pembangunan bola sepak di Sarawak.

“Kita cukup suka dengan cara Park HS. Saya pernah bertemu dan berbicara dengan beliau di Sukan Asia Jakarta 2018, pendekatannya ternyata berbeza.

“Tidak menitik berat sangat tentang sains sukan tetapi lebih kepada penerapan nilai patriotik dan psikologi.

“Percayalah… Ini adalah antara kebijaksanaan dari coach Park HS dalam melindungi pemain dari tumpuan media. Biar media tertumpu kepada beliau dengan kenyataan tuntas seperti ini. Cukup bijak dalam merencana strategi luar padang,” katanya kepada CAKAPSUKAN.

IMG-20200813-WA0021
MOHD HAKIMI MAN

Menurut Mohd Hakimi, dari sudut psikologi pula adakah pemain Vietnam mahu jurulatih yang banyak berjasa hingga meletakkan mereka di peta bola sepak dunia berlalu pergi begitu saja.

“Bila mana dia keluarkan kenyataan seperti ini, pemain akan bermain sepenuh hati dan berjuang demi mempertahankan Park HS..Genius !

“Kita yakin Park HS akan kekal biarpun kalah kepada Malaysia. Sebagai jurulatih kita bukan sahaja perlu pakar dengan strategi di dalam padang tetapi juga pakar strategi di luar padang,” katanya lagi.

Mengimbau kembali pernah melalui situasi sama ketika perlawanan Liga Bola Sepak Rakyat pada 2018, Mohd Hakimi akui telah banyak belajar ketika anak buahnya kalah suku akhir pada pasukan LBR Rantau Panjang di Kelantan.

“Sekarang kita cukup berhati-hati dan arif tentang strategi luar padang. Perbezaan jurulatih yang berkualiti dan bijak kita akan lihat pendekatannya dan strategi permainannya di atas padang yang sentiasa berbeza.

“Kita lihatlah jurulatih UAE di bawah bimbingan Bert Van Marvick yang bertaraf dunia,” ujarnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: