Bola Sepak Semasa Terkini

TMJ jawab mengapa ramai pemain JDT dalam skuad Harimau Malaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TMJ akui Syafiq (kiri) bukan berada di tahap terbaik. Foto: FAM

 

Oleh : SURYATI MOHD NOR

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui bukan pilihan beliau  apabila ramai pemainnya  dipanggil menyertai skuad Harimau  Malaya.

Separuh daripada 26 pemain  JDT terpilih dalam skuad Harimau Malaya yang kini sedang beraksi dalam saingan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai.

Menurut TMJ, beliau selalu juga bertanya kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai perkata tersebut.

“Bukan tidak bersetuju tetapi sebagai pemilik kelab saya juga risau sekiranya mereka berdepan dengan kecederaan kerana banyak perlawanan yang perlu kelab bermain… dalam liga, ACL dan sebagainya.

“Kami bersedia untuk membantu pasukan negara tetapi pandangan saya terlalu ramai ambil pemain sebenarnya ia tak masuk akal.

“Tetapi presiden jawab ‘because JDT players is the best’,” jelasnya ketika sesi siaran langsung ‘Sembang Santai’ di Instagram bersama Hafizal Hamad.

Dalam pada itu, diajukan juga pertanyaan mengenai pemain mana yang tidak patut berada dalam senarai skuad negara sekarang, TMJ menjawab Syafiq Ahmad.

“Kalau saya jadi Tan Cheng Hoe saya tidak memanggil Syafiq Ahmad. Memang betul dia pemain saya dan banyak berjaya dalam kariernya tetapi dia baharu ‘come back’ daripada episod krisis.

“Dia belum berada di tahap ‘the best'”.

Dalam pada itu juga TMJ meminta semua penyokong supaya tidak terlalu taksub untuk menang dengan pasukan Timur Tengah kerana perlu sedar diri.

“Saya pun dalam ACL tidak meletak harapan atau angan-angan tinggi kerana kita berdasarkan fakta. Kita kena realistik.

“Kalau lawan Indonesia, Vietnam atau Thailand memang harapkan keputusan bagus kerana itu level kita untuk ‘fight’.

“Tetapi kalau keputusan tidak berapa baik kita kena terima dan tahu kedudukan. Tak boleh letak harapan terlalu tinggi,” jelasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: