Bola Sepak

Bukan aksi sebenar Harimau Malaya ; Reezal Merican

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI (FOTO/ VIDEO)

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Harimau Malaya tidak menampilkan aksi sebenar ketika tewas 0-4 ditangan UAE, Jumaat lalu.

Jelasnya, keadaan ini menyebabkan ia menjadi bualan ramai peminat bola sepak Malaysia bukan tidak dapat menerima kekalahan tetapi aksi yang dipamerkan.

” Apa yang saya saksikan lawan UAE baru ini adalah prestasi yang tidak pernah saya lihat dalam keadaan yang lebih baik. Menang itu memang penting, tetapi lebih penting adalah penonton nak tengok aksi Harimau Malaya yang bakal jadi bualan keesokannya hari ini.

“Ada kalanya kalah tapi aksi yang dipamerkan perlu jadi sanjungan, kalah tapi aksi yang dipamerkan tidak menyamai prestasi sebenar yang ada pada skuad kebangsaan,” jelasnya ketika diminta mengulas rungutan ramai peminat bola sepak kebangsaan sususlan kekalahan, Jumaat lalu.

Dalam perkembangan sama, Reezal tetap yakin Harimau Malaya akan bangkit dalam baki dua perlawanan menentang Vietnam dan Thailand.

“Memang sentiasa dalam hati saya, walau apa pun yang berlaku pada Harimau Malaya tidak pernah hilang dalam jiwa saya, dan pastinya Harimau Malaya akan mengaum.

“Lebih penting saya tahu skuad kebangsaan mampu tunjukkan aksi yang lebih baik. Apa yang penting ketika ini dalah fokus pada baki dua perlawanan yang saya lihat boleh mengembalikan keyakinan peminat,” tegasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: