Antarabangsa

Sergio Perez juara ‘Street Fighters’ GP Azerbaijan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PEMANDU Red Bull Racing, Sergio Perez muncul juara Grand Prix Azerbaijan yang penuh dramatik dengan kedua-dua pesaing kejuaraan gagal menamatkan perlumbaan di dalam pungutan mata di Litar Jalan Raya Baku.

Perez menunjukkan pemanduan cemerlang untuk memenangi perlumbaan kedua dalam karier nya sekaligus memberi keputusan positif kepada pasukan selepas teman sepasukan yang juga pendahulu kejuaraan terkeluar akibat kemalangan empat pusingan sebelum tamat.

Max Verstappen yang bermula dari grid ketiga mendahului keseluruhan perlumbaan dan dijangka tiada masalah untuk menang sebelum kegagalan tayar belakang yang menyaksikan beliau melanggar tembok dan terkeluar.

Akibat dari kemalangan itu, perlumbaan dihentikan seketika sebelum disambung semula untuk dua pusingan terakhir yang sangat mengujakan. Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton gagal mengawal jentera beliau ketika perlumbaan dimulakan semula dan akhirnya menamatkan perlumbaan tanpa sebarang mata.

Berbeza pula dengan nasib juara dunia empat kali Sebastian Vettel yang berjaya menamatkan perlumbaan di tangga kedua walaupun bermula di tangga ke-11. Pemanduan matang dengan jentera Aston Martin yang mantap membantu Vettel mencatatkan keputusan terbaik beliau selepas Grand Prix Singapura pada 2019.

Pemandu Alpha Tauri Pierre Gasly melakukan kejutan dengan menamatkan perlumbaan di tangga ketiga mendahului pemegang petak utama, Charles Leclerc untuk podium ketiga sepanjang kariernya.

Kereta keselamatan terpaksa keluar pada pusingan ke-31 apabila tayar jentera Lance Stroll meletup sekaligus menghentam tembok dan menghalang separuh dari litar. Ini adalah kegagalan tayar Pirelli pertama sebelum isu sama melanda Max Verstappen.

Dikala kemenangan ketiga musim ini sudah hampir digenggam, Max Verstappen kecewa dengan nasib malang yang menimpanya tetapi tuah masih memihak kepada beliau apabila Hamilton juga gagal memungut mata.

Keputusan Grand Prix Azerbaijan ini menyebabkan kedudukan pendahulu pemandu tidak terjejas dan Redbull Racing kekal sebagai pendahulu kategori pengeluar dengan Mercedes gagal memperolehi sebarang mata buat pertama kali dalam sejak sekian lama.

Perlumbaan seterusnya di Grand Prix Perancis pada 20 Jun nanti pastinya sangat menarik untuk disaksikan.

Kedudukan Pemandu Selepas GP Azerbaijan

1. Max Verstappen – 105 mata

2. Lewis Hamilton – 101 mata

3. Sergio Perez – 69 mata

4. Lando Norris – 66 mata

5. Charles Leclerc – 52 mata

6. Valtteri Bottas – 47 mata

7. Carlos Sainz – 42 mata

8. Pierre Gasly – 31 mata

9. Sebastian Vettel – 28 mata

10. Daniel Ricciardo – 26 mata

Kedudukan Pengeluar Selepas GP Azerbaijan

1. Red Bull Racing – 174 mata

2. Mercedes – 148 mata

3. Ferrari – 94 mata

4. McLaren – 92 mata

5. Alpha Tauri – 39 mata

6. Aston Martin – 37 mata

7. Alpine – 25 mata

8. Alfa Romeo – 2 mata9. Haas – 0 mata

10. Williams – 0 mata


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: