Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Rantai pergerakan Ali Ahmed


Farizal sentiasa menjadi pilihan Tan Cheng Hoe selaku kesebelasan utama dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini.

DUA gol yang dijaringkan penyerang berbisa Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ali Ahmed Mabkhout ketika membantu pasukannya menang tipis 1-2 ke atas Harimau Malaya perlu diberikan perhatian serius barisan skuad kebangsaan.

Benteng terakhir Harimau Malaya, Farizal Marlias turut mengakui barisan pertahanan mereka perlu lebih berdisiplin bagi mengelak pemain seperti Ali merobek gawang skuad negara.

Ali yang juga penjaring terbanyak saingan Liga Pro UAE 2016-17 dan 2020-21 serta Piala Asia 2015 yang kini berusia 30 tahun turut meledak hatrik dalam dua aksi persahabatan berdepan India dan Jordan sebelum ini.

Selepas UAE, skuad Harimau Malaya perlu mengharungi dua lagi baki aksi kelayakan iaitu berdepan Vietnam di Stadium Al Maktoum pada 12 Jun dan menentang Thailand di gelanggang sama,16 Jun.

 


Add Comment

Click here to post a comment