
JENDELA perpindahan kedua musim 2021 yang berakhir 30 Mei lalu dimanfaatkan sepenuhnya Negeri Sembilan FC apabila terus memperkukuhkan pasukan dengan kehadiran beberapa pemain baharu.
Mengetui barisan pemain baharu dalam skuad Hobin Jang Hobin bimbingan K Devan ialah bekas pemain NSFC, Abdul Halim Zainal sebelum berkelana ke Sime Darby FC, Kuala Lumpur dan Selangor.
Produk kelahiran Sekolah Sukan Bukit Jalil ini bukanlah asing bagi penyokong Skuad Jang dan dia juga merupakan adik kepada bekas pemain Negeri Sembilan, Faizal dan Khairil Zainal.

Skuad Jang nampaknya tidak terhenti disitu sahaja apabila kali ini bekas pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara pada tahun 2016, Muhammad Zulkhairi Zulkeply berjaya dibawa masuk memperkuatkan jentera pertahanan.
Berumur 26 tahun dan berketinggian 1.76m, anak jati Pulau Pinang ini pernah mewakili pasukan Pulau Pinang dan UiTM FC, sebelum menyertai pasukan Kedah FC.












Add Comment