Bola Sepak Semasa Terkini

Perubahan The Cops kian dirasai

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ruang bilik persalinan yang dinaiktaraf bagi keselesaan pemain mahupun jurulatih.

KELAB Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC nampaknya mula mempamerkan perubahan dari segi pentadbiran dan fasiliti pasukan dengan melakukan beberapa perubahan dalam usaha menaikkan semangat Sang Saka Biru dikalangan pemain mahupun kejurulatihan.

Walaupun dianggap perubahan dalam skala yang kecil namun usaha murni dan kesungguhan dilakukan The Cops seharusnya menjadi contoh beberapa pasukan Liga Premier.

Terbaharu bagi memenuhi kehendak profesional melalui penswastaan pasukan yang diperkenalkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), PDRM FC menaiktaraf fasiliti di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Bilik mesyuarat juga diberikan nafas baharu.
Antara fasiliti yang telah dinaiktaraf adalah satu blok bangunan yang merangkumi ruang pejabat, bilik jurulatih dan ruang mesyuarat, kedai cenderamata, bilik persalinan dan tandas pemain serta bilik lounge.
Selain itu, PDRM FC mempunyai dua padang latihan dan akan dinaiktaraf dari semasa ke semasa. Usaha menaiktaraf ini merupakan salah satu misi dan visi yang jelas oleh pemilik dan disokong oleh pengurusan yang profesional.
Sokongan dan perhatian YDH Komandan PULAPOL KL dalam memastikan persiapan PDRM FC berjalan lancar juga merupakan satu tonik tambahan buat pasukan untuk bergerak lebih maju.
Menarik dan mempesonakan itulah tarikan yang ada pada ruang cenderamata The Cops.
Maju Sang Saka Biru!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: