Bola Sepak Semasa Terkini

Uitm FC selamatkan karier Alif

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Alif tekad balas kepercayaan diberikan Uitm FC.

MENITI usia 32 tahun, bekas pemain Sime Darby, Melaka, Felcra dan Kuala Lumpur, Mohd Alif Samsudin yang menjadi tonggak terbaharu UiTM FC sedia mencurahkan pengalaman bersama 12 tahunnya di Liga Malaysia bagi membantu ‘ The Lions Troop’ menghidupkan kembali misi kekal dalam pentas Liga Super.

Alif yang telah diberi jolokan ‘Elneny UiTM’ ekoran mempunyai gaya rambut yang persis dengan pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny, mengakui bersyukur kerana masih diberi ruang untuk meneruskan kariernya selaku pemain bola sepak profesional.

“Selepas kontrak tidak disambung oleh Kuala Lumpur, sukar juga saya mendapatkan pasukan baharu yang menyebabkan dekat lima bulan saya tidak bermain bola sepak.

“ Mujur UiTM masih mempercayai kemampuan saya walaupun pada satu ketika sudah terfikir untuk bersara dan ini peluang buat saya memperagakan sesuatu selain membuktikan pemain lama ada kelebihannya tersendiri.

“ Saya hanya berlatih dua hari tempoh hari sebelum diturunkan bertemu Kuala Lumpur, namun lega semuanya berjalan dengan baik malah tidak ditimpa sebarang kecederaan ekoran sudah lama tidak bermain secara kompetitif, ” katanya.

Selain Alif, UiTM turut mendapatkan seorang lagi bekas pemain Kuala Lumpur Mohamad Hisyamudin Mohamad Sha’ari selain meminjam khidmat Zamir Selamat dan Sean Gan Giannelli dari KL City.

Alif merupakan satu nama besar buat kalangan peminat Negeri Sembilan di era kegemilangan skuad Hoben Jang Hoben pada musim 2009-11 dengan menjadi antara watak penting di dalam pasukan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: