Komentar

Masa makin suntuk… sudah tiba Harimau Malaya naikkan gear!


Aksi Malaysia bertemu Bahrain. Foto: FAM

 

Nukilan MOHD FARIQ

MUNGKIN tidak keterlaluan untuk mengatakan persembahan skuad Harimau Malaya – ada dua skrip berbeza.

Semalam, pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe tewas 0-2 kepada Bahrain dalam aksi persahabatan terakhir sebelum bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada 3 Jun ini.

Secara asas persembahan skuad kebangsaan yang sebelum ini tewas 1-4 kepada Kuwait dalam perlawanan latihan di mana penulis menganggap ruang untuk tambahbaik masih boleh dilakukan.

Cuma beberapa kesilapan individu pemain menjadi pemisah di mana pasukan lawan seperti Bahrain memanfaatkan peluang itu untuk mendapatkan jaringan mereka.

Ada beberapa pemain dilihat masih bergelut dengan prestasi terbaik mereka sepanjang bermain dua siri aksi pemanas badan ini.

Terutama ketika pasukan negara yang bermula baik sepanjang separuh masa pertama kecuali kesilapan memberi sepakan penalti, kelihatan pasukan hilang rentak sebaik bolos kedua gol Bahrain, juga dari kesilapan Harimau Malaya sendiri dan pasukan negara mula dilihat bagaikan hilang sedikit sengat sehingga wisel penamat.

Namun apa yang mencuri tumpuan penulis adalah persembahan cemerlang Matthiew Davies dan Liridon Krasniqi.

Terutama Liridon yang masih bermain dengan baik tetapi penulis percaya bahawa barisan pemain Harimau Malaya sedar apa yang mereka harus lakukan ketika berdepan UAE.

Ini kerana penulis cukup yakin barisan anak-anak buah Cheng Hoe menyedari kemampuan UAE dan sudah pasti beberapa kesilapan individu akan diperbaiki dengan segera.

Sekarang adalah masa terbaik buat skuad Harimau Malaya memberikan fokus kepada perancangan jurulatih dalam menyekat kemaraan UAE di Stadium Zabeel, Dubai nanti.

Kata orang, lebih baik tewas dalam perlawanan persahabatan daripada aksi sebenar kerana peluang itu memastikan kita bersedia dengan kelemahan tertentu.

Akhir kata, penulis sentiasa optimis dengan kebolehan pasukan kebangsaan di mana penulis percaya persembahan Harimau Malaya akan bertambah lebih baik ketika bertemu UAE nanti.

Jangan lupa seperti kata Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM), Datuk Ong Kim Swee, inilah skuad terbaik Harimau Malaya berlandaskan pemain pemain yang ada sejak 10 tahun yang lalu.

AYUH MalaysiaKu, jangan anda masih di ‘gear free’ masa sudah tiba untuk ‘full gear’ bermula Jun 3 ini!!


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading