Komentar

Di mana nilai kesedaran diri?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Nukilan MOHD FARIQ

MENJIJIKKAN!

Itulah reaksi spontan penulis selepas mengetahui sejarah hitam bekas perenang negara, Cindy Ong berdepan detik hitam ketika menerima gangguan seksual suatu ketika dahulu.

Jujur cakap penulis tidak boleh menerima perbuatan tidak bermoral ini selepas sekian lama yang dihadapi Cindy akhirnya terbongkar rahsia.

Rasa marah dan berang dengan individu yang penulis sifatkan seperti binatang di mana moral kompas bagaikan tiada nilai buat pelaku gangguan seksual ini.

Pertama penulis mahu memuji keberanian Cindy yang akhirnya membuka pekung terhadap beberapa individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap atlet khusus kepada kaum wanita.

Itu baharu sahaja Cindy buka mulut, bagaimana pula keselamatan atlet-atlet lain yang sepatutnya memberikan fokus kepada persiapan atau latihan tetapi dalam masa yang sama berdepan manusia spesis mata ke ranjang ini.

Penulis bimbang angkara perbuatan menjijikan ini akan mematikan semangat kepada generasi muda yang lain untuk menjadi pelapis baharu sukan renang negara.

Terlintas di fikiran penulis, apakah si pelaku gangguan seksual ini tidak memiliki kesedaran sivik di mana perbuatan biadap ini mungkin boleh menimpa terhadap ahli keluarga mereka pada suatu hari nanti.

WUJUDKAN KESEDARAN BANTERAS GANGGUAN SEKSUAL DALAM SUKAN NEGARA

Penulis sekurang-kurangnya dapat menarik nafas lega apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Rezal Merican Naina Merican telah menerima maklum terhadap insiden buruk yang dialami oleh Cindy.

Rezal Merican sendiri mengarahkan pegawainya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) supaya menghubungi Cindy serta membantu untuk membuat laporan polis terhadap perbuatan jijik yang berlaku.

Malah, Rezal Merican sendiri mengarahkan pegawainya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) supaya menghubungi Cindy serta membantu untuk membuat laporan polis terhadap perbuatan jijik yang berlaku.

“Saya juga akan pastikan MSN memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan mereka. Kepada saya, tiada kompromi dan tiada perlindungan untuk mana-mana jurulatih dan pegawai jika didapati bersalah.

“Gangguan sebegini tidak seharusnya berlaku pada mana-mana atlet negara. Setiap atlet dan pegawai harus berada dalam suasana yang selamat di dalam pusat latihan kebangsaan.

“Tanpa berselindung, saya juga berkongsi rasa amarah dan kecewa dengan apa yang berlaku terhadap beliau dan atlet lain,”jelasnya menerusi kenyataan disiarkan di laman rasmi FB miliknya.

Di sini penulis ingin menegaskan bahawa kita semua harus berganding bahu dalam usaha memerangi ganguan seksual dalam industri sukan.

Dalam konteks ini, kita harus menekankan bahawa kaum hawa bukanlah objek berunsurkan nafsu di mana kita semua harus memberikan sokongan penuh dan juga terus memperkasa platform-platform kepada atlet dan pegawai untuk mudah tampil melaporkan jika ada sebarang insiden ganguan seksual berlaku pada masa akan datang.

Memetik kata-kata Rezal Merican, kita jangan sesekali menormalisasikan gangguan seperti ini tanpa sebarang tindakan.

Ini kerana kita semua tidak terkecuali di mana memiliki keluarga, anak, isteri, adik-beradik yang mungkin terdedah kepada ancaman seperti ini dan kita seharusnya lebih sensitif dalam usaha menjaga keselamatan kaum hawa.

Penulis merayu kepada semua agar kita semua memainkan peranan penting dalam membina keharmonian bukan sahaja kepada ahli keluarga, sahabat sebaliknya generasi muda akan datang.

Kita tidak mahu industri sukan dicemari dengan insiden sebegini dan kita mampu membanteras jika kita bertindak sekarang.

Akhir kata daripada penulis, penulis berdoa agar pengalaman pahit seperti ini tidak akan lagi berlaku dalam mana-mana bukan sahaja atlet tetapi di seluruh negara.

Apatah lagi di dalam sukan negara yang sentiasa memiliki imej serta reputasi positif dalam masyarakat dan jangan sesekali kita calarkan keharmonian sukan negara dengan perbuatan tidak bermoral.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: