Bola Sepak Semasa

Konate dipanggil sertai skuad kebangsaan Mali

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TIDAK hairan seandainya seseorang pemain dipanggil menyertai skuad kebangsaan selepas tampil cemerlang dalam saingan liga bersama kelab masing-masing.

Kelibat pemain import Terengganu FC Makan Konate musim ini sememangnya memberi impak besar sepanjang liga berlangsung malah namanya sentiasa meniti di bibir penyokong-penyokong setia skuad Penyu itu.

Apa tidaknya, Konate selalu menjadi punca gol kemenangan ketika aksi perlawanan malah dia juga turut digelar ‘King of Assist’ dan wira arkitek.

Malah lebih penting prestasi Konate ini turut dipantau jurulatih pasukan negaranya yang menyaksikan pemain berusia 29 tahun ini dipanggil menyertai pasukan kebangsaan Mali.

Lebih membanggakan buat Konate, panggilan ini merupakan kali pertama menyarung jersi negaranya yang jelas membuktikan Terengganu FC antara kelab yang mampu meningkatkan prestasi pemain-pemain ke tahap yang lebih baik.

Namun agak tidak bernasib baik buat pemain-pemain muda tempatan kelab ini yang masih belum berjaya menarik perhatian pengendali Tan Cheng Hoe untuk berada dalam skuad Harimau Malaya setakat ini.

Skuad Harimau Malaya kini berada di Dubai bagi menghadapi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2022 bermula 3 Jun ini.

Konate bersama beberapa lagi rakan sepasukan negaranya yang beraksi dengan kelab Eropah bakal menggalas cabaran Mali menjelang Piala Negara-Negara Afrika bertemu Tunisia, Congo dan Algeria.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: