Bola Sepak Terkini

Skuad Harimau Malaya kekal di tangga ke-153 dunia



KEDUDUKAN
terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pasukan Malaysia masih kekal di tangga ke-153 dunia.

Ranking terbaharu kedudukan pasukan bola sepak dunia yang dikeluarkan oleh Fifa hari ini menyaksikan posisi skuad Harimau Malaya tidak berganjak sejak kali terakhir dikemaskini pada 7 April 2021.

Manakala bagi ranking Asia pula, pasukan negara berada di tangga ke-31.

Pasukan Harimau Malaya bakal berdepan dengan Bahrain yang kini berada di ranking ke-98 dunia bagi perlawanan persabahatan antarabangsa Jumaat (28 Mei) sebelum aksi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermula Jun ini.

Malaysia bakal bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun (ranking ke-73), Vietnam yang kini berada di kedudukan ke-92 dunia pada 11 Jun dan menentang Thailand (106 dunia), 15 Jun ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: