Bola Sepak Terkini

Takziah buat Luqman kehilangan bapa saudara tersayang, “Bawa semangat Pak Nawi jumpa UAE”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Luqman kini berada di Dubai bersama skuad negara.

Eksklusif oleh MOHD FARIQ

PENYERANG muda Harimau Malaya, Luqman Hakim Shamsudin telah menerima perkhabaran sedih apabila bapa saudaranya, Mat Nawi Ali telah meninggal dunia pada petang Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh ibu Luqman, Hasmah Che Soh, 56, mendedahkan Allahyarham yang berusia 70 tahun merupakan suami kepada kakaknya, meninggal dunia ekoran sesak nafas di Kota Bharu, Kelantan.

Jelas Hasmah, Mat Nawi merupakan salah satu bapa saudara yang memiliki hubungan rapat dengan Luqman di mana Allahyarham sentiasa memberikan sokongan teguh kepada pemain KV Kortrijk itu.

Jelas lagi Hasmah, beliau berharap pemergian Mat Nawi tidak akan melemahkan semangat Luqman dalam persiapan membantu pasukan negara layak ke Piala Asia ketika bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi Kumpulan G, 3 Jun depan.

“Arwah (Mat Nawi) cukup rapat dengan Luqman. Sebagai peminat setia Luqman, beliau selalu bertanyakan khabar dan memberikan sokongan moral ketika Luqman masa di bangku sekolah sehingga peringkat berada di Belgium.

“Saya tahu perkhabaran berat buat Luqman yang telah maklum pemergian bapa saudaranya tetapi saya berharap anak saya tetap kekal fokus bersama pasukan kebangsaan.

“Arwah pernah bertanya kepada saya bila Luqman akan ke Dubai baru baru ini tetapi saya berharap Luqman akan terus kekal semangat, sedekahkan Al Fatihah dan jangan sesekali luntur semangat di atas kehilangan bapa saudaranya,” katanya ekslusif kepada CAKAPSUKAN pada petang ini.

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe turun menjalani sesi latihan ringan di hotel penginapan di Dubai dengan disertai Luqman Hakim Shamsudin yang tiba dari Belgium, awal pagi semalam.

Ia melengkapkan senarai 25 pemain skuad Harimau Malaya selepas 21 pemain yang berkumpul di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu telah disertai tiga pemain iaitu Liridon Krasniqi, Junior Eldstal dan Dominic Tan setibanya pasukan di Dubai, semalam.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: