–
CHELSEA tiada pilihan dan harus menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris musim ini pada kelompok empat terbaik.
Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui keputusan itu akan mengurangkan tekanan pasukannya menjelang pertembungan final Liga Juara-Juara.
The Blues masih bersaing dengan Liverpool dan Leicester City untuk merebut dua tempat terakhir posisi empat teratas liga. Chelsea kini berada di tangga ketiga dengan 67 mata, berkelebihan satu mata sahaja berbanding dua pencabarnya.
Chelsea wajib meraih kemenangan di gelanggang Aston Villa pada minggu terakhir malam esok untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara 2021/22. Bagaimanapun, jika Chelsea gagal N’Golo Kante dan rakan-rakan masih berpeluang untuk tampil di pertandingan itu.
Syaratnya, Chelsea harus mengalahkan Manchester City di final Liga Juara-Juara, yang akan diadakan di Estadio Do Dragao, Porto, pada 30 Mei depan.
“Tentunya itu akan mengurangkan tekanan. Tapi saya tidak rasa ketika kami tiba di minggu depan untuk final Liga Juara-Juara, kami pula akan fikirkan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.
“Kami akan bermain 100 peratus sebagaimana untuk memenangi pialanya. Kami sudah bekerja sangat keras, meningkatkan kualiti dalam beberapa bulan.
“Kami ingin menyelesaikan pekerjaan kami pada hari minggu dan kami tidak tahu apa yang menunggu kami. Apapun boleh berlaku dalam permainan bola sepak selama 90 minit,” ungkap Tuchel dipetik Daily Mail
Add Comment