Lain-Lain Semasa

Bapa Allahyarham Haziq dedah perbualan terakhir dua hari lalu

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

BAPA kepada Allahyarham Haziq Kamaruddin mendedahkan perbualan terakhir kedua-dua mereka pada hari raya pertama dua hari lalu.

Kamaruddin Yusof,58, memberitahu mereka berhubung melalui panggilan video selepas sekian lama tidak bertemu kerana tidak boleh merentas daerah.

“Masa buat panggilan video, dia cakap sihat. Dia cerita semuanya bagus,” jelasnya kepada media selepas selesai pengebumian Allahyarhan Haziq awal pagi ini.

Tambah Kamaruddin, anak kedua daripada tiga adik beradik itu juga teruja bercerita mengenai latihan dan persiapan untuk ke Sukan Olimpik Tokyo Jun ini.

“Apapun saya reda. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan jenazah arwah,” ujarnya menahan sebak.

Terdahulu, Allahyarham Haziq selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau kira-kira pukul 1.40 pagi.

Pemanah recurve itu meninggal dunia apbila rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi Jumaat.

Haziq kemudian digegaskan ke Hospital Kajang namun disahkan meninggal dunia pada pukul 9.37 pagi. – Bernama


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: