Lain-Lain Semasa Terkini

Kematian atlet Haziq tiada kaitan dengan vaksinasi Covid-19 – KKM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: SURYATI MOHD NOR

KEMATIAN mengejut Allahyarham Haziq Kamaruddin, atlet pemanah negara yang dibawa ke Hospital Kajang pada Jumaat telah disiasat dibawah Sudden Death Report (SDR) oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Susulan daripada itu, arahan bedah siasat telah dikeluarkan untuk menentukan sebab kematian.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Datuk Dr Zahari Noor memberitahu, proses bedah siasat selesai dilakukan setelah calitan ujian Covid-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif bagi virus tersebut.

“Hasil bedah siasat menunjukkan kepada kematian akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis).

“Walau bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisa makmal. Namun sehingga kini tiada bukti menunjukkan bahawa kematian ini adalah berkaitan langsung dengan vaksinasi Covid-19,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Allahyarham Haziq disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang pada pukul 9.37 pagi selepas tidak sedarkan diri di rumahnya pagi semalam.

Haziq merupakan atlet memanah senior dalam persiapan untuk layak ke Sukan Olimpik di Tokyo Jun ini.

Sebelum ini Haziq turut beraksi dalam temasya Sukan Olimpik di Rio dan London.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: