Badminton Semasa Terkini

Tiada pemain-pemain Israel pada Terbuka Malaysia – BAM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENYERTAAN pemain-pemain Israel dalam aksi Terbuka Malaysia adalah tidak benar.

Isu ini timbul apabila seorang peminat sebelum itu mengajukan soalan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican benarkah beregu campuran dari Israel dibenarkan beraksi dalam Terbuka Malaysia sambil membuat naik undian yang dikeluarkan badan badminton dunia, BWF di Twitter.

Namun pertanyaan tersebut dijawab oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan menegaskan, undian kejohanan yang tersebar dalam media sosial hari ini tidak pernah diluluskan kerajaan Malaysia.

Kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang sepatutnya berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 25 hingga 30 Mei dipinda ke tarikh yang belum ditetapkan ekoran pandemik Covid-19.

Dua pemain Israel tersebut adalah Svetlana Zilberman,63, dan Misha Zilberman, 32, yang beraksi dalam acara beregu campuran.

Mereka merupakan pasangan ibu dan anak.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: