BELUMPUN reda isu tunggakan gaji pasukan Perak FC, timbul pula sebuah lagi kelab yang dikatakan berdepan isu sama.
Dilaporkan pemain import Sarawak United FC Sandro Mendoca dikaitkan tidak menerima gaji penuh sejak menyertai pasukan Januari lalu.
Sandro dikatakan hanya menerima 70 peratus bagi gaji bagi Januari dan April, dan tiada pembayaran kepada pemain tengah ini untuk bulan Mac dan April.
Malah Sarawak United juga gagal membayar elaun rumah dan kereta bagi bulan Mac dan April dengan keseluruhan tunggakan dianggarkan ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun Sarawak United FC mendedahkan pihaknya kini sedang menguruskan pembayaran baki gaji pemain-pemain yang terlibat.
“Urusan penyelesaian pembayaran dilakukan secar terus dengan para pemain dan tidak melibatkan pihak ketiga.
“Pihak Sarawak United FC juga belum menerima apa-apa surat menyurat mahupun dihubungi mana-mana wakil pemain.
“Seperti mana pihak Sarawak United FC perlu menghormatiu terma-terma kontrak bersama pemain, maka mana-mana wakil pemain harus juga berbuat demikian dalam apa-apa urusan berkenaan pemain Sarawak United FC,” ujar kelab dalam satu kenyataan lewat Isnin malam.
Add Comment