Bola Sepak Semasa Terkini

Pengadil iktiraf gol Shukor Adan berdepan tindakan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dato’ Sivasundaram

KESEMUA pegawai perlawanan Liga Super aksi diantara UiTM FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC, akan dikenakan tindakan sewajarnya susulan insiden gol ‘hand of god’ Muhammad Shukor Adan, pada aksi di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM Datuk S Sivasundaram, tindakan sewajarnya akan dikenakan kepada semua pegawai perlawanan bertugas pada perlawanan itu.

“Ini kerana kealpaan dalam mengesan kesalahan memainkan bola dengan tangan, sehingga mengubah keputusan perlawanan,” ujarnya menerusi kenyataan akbar.

Perlawanan itu diadili Mohd Shahrizan Mohamad Solihim bersama Mohd Zainudin Md Isa dan Hafizi Azmi sebagai pembantu pengadil, serta pegawai keempat Mohd Shahmi Ismail.

Sivasundaram yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, Jawatankuasa Penilaian Pengadil mendapati pengadil perlawanan gagal mengesan kesalahan memainkan bola dengan menggunakan tangan oleh Shukor, dan seterusnya mengesahkan jaringan tersebut.

Dalam perkembangan sama, Jawatankuasa Penilaian Pengadil FAM menjelaskan tindakan mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada pengadil, menyebabkan pemain Penang FC Anselmo Arruda da Silva yang dikenali sebagai Casagrande diperintah meninggalkan padang Sabtu lepas.

Kesalahan ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang itu menyebabkan beliau mengutip kad kuning kedua sekali gus dilayangkan kad merah.

Pada aksi sama yang menyaksikan Penang FC tewas julung kali di laman sendiri musim ini, Jawatankuasa Penilaian Pengadil FAM menjelaskan, ketua Jurulatih Penang FC Tomas Trucha turut diperintah keluar padang pada masa kecederaan separuh masa kedua kerana memasuki padang permainan dan membantah keputusan pengadil.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: