Bola Sepak Semasa Terkini

Taktikal Nafuzi mengena

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain TFC meraikan jaringan kedua yang dihasilkan Faisal (tengah).

PERCATURAN taktikal diterapkan Nafuzi Zain dengan memburu gol awal nyata membuahkan hasil apabila dua gol dalam tempoh 10 minit pertama memastikan kemenangan Terengganu FC 3-0 mengatasi Uitm FC malam tadi.

Dua gol pada separuh masa pertama dijaringan david Da Silva pada minit ke-8 dan tandukan dari Faisal Halim selang dua minit kemudian serta gol dari pemain gantian, Mohammad Rahmat Makasuf pada minit ke-75 menoktahkan kedudukan 3-0 hingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Nafuzi Zain kembali menghuni di tangga kedua liga dengan mengutip 24 mata.

Bagi Nafuzi, barisan pemainnya telah diarahkan untuk memburu gol awal dan pemain berjaya membuktikannya.

“Selepas tewas dengan Penang FC, nampak pemain sedikit keletihan tetapi mereka membuktikan kesungguhan memburu gol, malam ini rezeki kami.

“Selepas mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, bukan bermakna kami selesai untuk 45 minit seterusnya, lawan juga memburu gol untuk merapatkan kedudukan. Tapi bagi saya gol ketiga yang dihasilkan membunuh semangat pemain lawan,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.

Baginya, skuad bimbingannya masih perlu memperbaiki dan memperkemaskan corak permainan untuk terus bersaingan.

“Setiap kali perlawanan, kita akan dapat melihat aspek-aspek kelemahan yang ada pada pasukan, bukan kata apabila kita menang semuannya ok kerana akan ada kelemahan,” ujarnya.

Selepas ini Terengganu FC bakal berdepan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hujung minggu ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: