RATU terjun negara Pandelela Rinong akhinrnya membawa sinar buat skuad terjun negara apabila meraih pingat emas acara 10 meter platform individu wanita di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 pada Rabu.
Jagun terjun berusia 28 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga dan meyakinkan untuk mengungguli final yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun dengan mengumpul 355.70 mata selepas melengkapkan tujuh terjunan.
Penerjun tuan rumah Matsuri Arai mengumpul 342.00 mata meraih pingat perak manakal Caeli McKay dari kanan meraih gangsa (338.55 mata).
Kejayaan ini sekaligus menjadikan Pandelela satu-satunya atlet yang menyumbang pingat buat pasukan terhun negara yang menggalas cabaran ke Piala Dunia kali ini.
Malah kejayaan ini juga dianggap semangat buat Pandelela, Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Cheong Jun Hoong untuk menggalas cabaran negara dalam acara terjun Sukan Olimpik Tokyo pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
Add Comment