Bola Sepak Semasa Terkini

Sri Pahang FC pamer peningkatan, PJFC dan MUFC senasib

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hidalgo memberikan impak buat pasukan walaupun kali pertama beraksi.

Oleh : Subkhi Sudarji

SRI Pahang FC mula mempamerkan peningkatan corak permainan apabila berjaya mengikat Selangor FC , 2-2 pada saingan pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Kelibat pemain import baharu Tok Gajah dari Argentina, Manuel Hidalgo pastinya mencuri tumpuan apabila penampilan kali pertamanya memberikan impak buat pasukan apabila meledak gol pertama pada minit ke-48 sebelum hantaran lintangnya memastikan Abdul Malik menjaringkan gol penyamaan pasukan di penghujung babak perlawanan.

Corak permainan Tok Gajah pada malam ini begitu berbeza dengan kehadiran Hidalgo dan Yakubu AbuBakar apabila berjaya memberi tekanan kepada Selangor FC.

Hidalgo terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke sebelum pemain gantian pelawat dari Myanmar, Hein Htet Aung menyamakan kedudukan pada minit ke -76 untuk kedudukan 1-1.

Penyerang prolifik Selangor FC, Ifedayo terus membuktikan impaknya apabila meledak gol kedua pasukan pada minit ke-87 namun kegembiraan pelawat tidak bertahan lama selepas Abdul Malik menyempurnakan hantaran Hidalgo bagi gol penyamaan pada minit ke 95 untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Aksi penjaring gol tunggal Perak FC, Sergio Aguero ketika cuba melepasi kawalan pemain tuan rumah.

Aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Perak FC berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas mengatasi  Petaling Jaya City FC (PJFC), 1-0.

Gol tunggal kemenangan pelawat dijaringkan pemain pinjaman dari Sri Pahang FC, Sergio Aguero pada minit ke 26.

Tiga mata diraih pelawat memastikan mereka terselamat seketika dari kelompok tiga pasukan tercorot.

Amri (dua kanan) diraikan rakan sepasukan selepas meledak gol ketiga pasukan.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu pula, bisa orang lama memastikan Sabah FC meraih tiga mata penuh menewaskan Melaka United FC, 3-1.

Gol tuan rumah dihasilkan Mohd Amri Yahya pada minit ke-6 dan 47 manakala Azzizan Nordin turut mencetak nama selaku penjaring 10 minit selepas gol pertama Amri.

Pelawat pula mendapat gol saguhati hasil jaringan Fakrullah Rosli pada minit ke-65.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: