Semasa Sepak Takraw Terkini

Presiden PSM Tok Mat digantung 15 tahun!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PRESIDEN Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun daripada terlibat dalam sebarang aktiviti sukan sepak takraw dalam dan luar negara.

Prosiding pendengaran kes Ahmad atau lebih dikenali Tok Mat berlangsung pada Rabu (5 Mei) secara atas talian yang dipengerusikan Prof Dr Chalerm Chaiwatcharaporn, selaku timbalan presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) dan turut disertai wakil dari dari India, Indonesia, Iran, Jepun, Pakistan, Singapura dan Thailand.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Panel Pendengaran, sebanyak empat kes Ahmad dibincangkan antaranya tuduhan melanggar Artikel 2d (viii) pada 24 Februari 2021 iaitu melakukan suatu tindakan atau membuat kenyataan bertulis yang tidak jujur, menghina atau tidak wajar atau berkemungkinan membawa penghinaan kepada permainan.

Tuduhan kedua pula melanggar Artikel 5.3,  diikuti tuduhan ketiga iaitu cuba memusnahkan Kebebasan Astaf dalam semua perkara yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung permainan sepak takraw dengan meminta bantuan Majlis Olimpik Asia dan Majlis Olimpik Antarabangsa untuk campur tangan pada Pilihan raya Majlis Astaf yang ditetapkan pada 1 Mac 2021.

Manakala tuduhan keempat pula tuduhan melanggar perjanjian bertulis yang diberikan kepada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangs (Istaf) dan Astaf pada 14 Mac 2008, iaitu menyokong Istaf dan Astaf untuk menubuhkan dan mengekalkan pentadbiran persekutuan yang cekap.

Selepas berpuashati pertuduhan yang dibacakan serta disokong dengan keterangan tiga saksi utama kes berkenaan panel bersetuju untuk menjatuhkan hukuman kepada Ahmad.

“Hukuman untuk pertuduhan 1 dan 4 dijalankan secara berturut-turut, sementara caj ke-2 dan ke-3 akan berjalan serentak. Oleh itu jumlahnya hukuman yang akan dikenakan adalah 15 tahun bermula 6 Mei 2021”.

Selain digantung 15 tahun, Ahmad juga perlu membayar USD25,000 (RM102,938.35) sebagai kos perbicaraan dan sesi pendengaran kes ini dalam tempoh 14 hari, dan sekiranya gagal beliau dikenakan larangan tambahan selama dua tahun.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: