Bola Sepak Semasa Terkini

Tok Gajah kembali landasan sebenar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hidalgo mencetak nama selaku penjaring pada penampilan pertama bersama pasukan malam tadi.

Oleh : Subkhi Sudarji

DETIK sukar yang dilalui Sri Pahang FC pada pusingan pertama Liga Super mungkin boleh diibaratkan sudah berlalu melihatkan kejayaan skuad bimbingan Dollah Salleh ini mengikat Selangor FC pada aksi pertama pusingan kedua malam tadi.

Jika sebelum ini mereka hanya meraih dua kemenangan, dua seri dan tujuh kekalahan, rentak permainan berbeza dipamerkan Tok Gajah yang dianggap mereka kembali ke landasan sebenar.

Kemasukkan empat pemain import baharu dalam skuad terutamanya aksi Manuel Hidalgo mencetuskan semangat Tok Gajah dikalangan pemain begitu juga penyokong yang meluahkan keyakinan serta ini yang sebenarnya perlu dilakukan pengurusan.

Bagi Dollah prestasi tiga pemain import baharu membantu memperkasakan kembali pasukan itu terutama di bahagian serangan dan tengah.

Katanya, walaupun tidak berada pada prestasi terbaik terutama daripada segi kecergasan, ia permulaan yang positif buat skuad Tok Gajah.

“Saya harap prestasi lebih baik dan bertenaga akan dipersembahkan mereka pada perlawanan selepas ini,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Pada perlawanan di Stadium Darul Makmur malam tadi, tuan rumah menyenaraikan tiga pemain import baharu, Abubakar Yakubu, Hidalgo dan Athiu Kenjok sebaik jendela perpindahan dibuka Isnin lalu.

Seorang lagi pemain import baharu dari Myanmar, Aung Kaung Mann tidak dapat diturunkan kerana belum menerima sijil perpindahan antarabangsa (ITC).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: