Lain-Lain Semasa Terkini

“Anda kebanggaan Malaysia” – Perdana Menteri

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KEJAYAAN ratu terjun negara Pandelela Rinong meraih pingat emas pada Kejohanan Piala Dunia FINA di Tokyo turut menarik perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada jaguh terjun itu menerusi ucapan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.

Beliau berkata, keringat dan komitmen Pandelela telah memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di persada dua.

“Syabas! Anda kebanggan Malaysia.”

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut meluahkan rasa bangga terhadap Pandelela.

Reezal Merican berhubung dengan Pandelela menerusi panggilan video selepas atlet itu meraih pingat emas Piala Dunia FINA.

Reezal Merican memuatnaik status ucapan tahniah di akaun Twitter dan Facebooknya sejurus atlet berusia 28 tahun itu diumumkan sebagai juara.

“Tahniah @Pandelela_R! Saya kagum dengan aksi Lela yang sentiasa konsisten dan penuh fokus.  Tidak boleh nafikan, you are one of the best in the sports! Syabas dan saya harap Lela terus kekalkan prestasi dan jaga diri.”

Beliau juga turut bercakap dengan Pandelela menerusi panggilan video dan mengucapkan tahniah kepada pemenang pingat Sukan Olimpik 2012 dan 2016 itu.

Pandelela mempamerkan terjunan bertenaga dan menyakinkan untuk mengungguli final acara 10 meter platform individu dengan mengumpul 355.70 mata selepas melengkapkan tujuh terjunan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: