Bola Sepak Komentar Semasa Terkini

‘Drama’ segelintir kelab bikin aksi Liga Super lebih menarik!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Perlawanan JDT dan Terengganu FC menarik ramai penonton. Foto; JDT FC

Oleh: SURYATI MOHD NOR

MENARIK! Aksi pusingan pertama Liga Super 2021 dilihat terlalu pantas berlalu dengan pelbagai drama sejak awal musim lagi.

Sebagai mengimbas kembali persaingan pusingan pertama liga kali ini, sudah tentu tumpuan terarah kepada kontroversi ketua jurulatih Sri Pahang FC Thomas Dooley yang dipecat selepas dua perlawanan berlangsung.

Tindakan pengurusan itu menyaksikan Dollah Salleh yang ditukarkan kepada posisi pengurus musim ini mendapat balik tugasnya melatih pasukan.

Drama itu tidak berakhir di situ, sebaliknya Dollah turut berdepan dengan situasi sukar prestasi pemain yang dianggap kurang menyengat setakat ini.

Namun, dilaporkan beberapa pemain import baharu bakal diperkenalkan sempena jendela perpindahan pemain kedua yang bermula 3 Mei hingga 30 Mei ini.

Pasukan Sri Pahang FC antara yang sentiasa mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan. Foto: Sri Pahang FC

Dalam pada itu, bukan sahaja Sri Pahang FC yang dilaporkan akan menggantikan dengan beberapa pemain baharu sebaliknya, segelintir kelab lain juga sedang ‘teropong’ mendapatkan pemain yang lebih mantap.

Tidak lupa juga Frank Bernhardt turut direhatkan seketika oleh pengurusan UiTM FC berikutan aksi mengecewakan sejak awal musim.

Namun, pengendali kelahiran Jerman itu diberi peluang kedua untuk perbaiki prestasi dengan menilai berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI) dalam tiga perlawanan akan datang.

Ia termasuk perlawanan bertemu Sri Pahang (1 Mei), Terengganu FC (3 Mei) dan Kuala Lumpur City FC (8 Mei).

Selain kisah prestasi pemain, turut menarik perhatian dengan ‘adegan’ pemain dan pengadil yang menjadi isu hangat perbualan di kalangan penyokong-peyokong bola sepak tanah air.

Dengan peragai pemain yang panas baran cuba menyentuh poengadil, dan beberapa keputusan pengadil yang menimbulkan kontroversi.

Bagaimanapun, kedua-dua situasi sudahpun ditangani secara adil oleh pihak Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kedah Darul Aman FC antara pasukan yang menjadi perhatian. Foto; KDA FC

Hakikatnya, apa yang paling menarik dan menjadi perhatian bagi pusinagn pertama liga ini apabila seluruh peminat bola sepak tanah air teruja bercerita mengenai kekalahan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada Terengganu FC pada 24 April lalu dalam saingan ke-10 liga, sekaligus meleburkan rekod 21 perlawanan tanpa kalah sebelum ini.

Sebenarnya tiada apa yang pelik dalam bola sepak kerana pasukan boleh kalah atau menang.

Ironinya, kekalahan pertama JDT musim ini menjadi ‘berita panas’ kerana mereka adalah pasukan yang sukar ditewaskan.

Namun bak kata pengendali JDT, Benjamin Mora mereka bukanlah ‘Superman’ dan sudah pasti akan bangkit selepas ini.

Terbaharu sebelum saingan Liga Super ke pusingan kedua bermula 4 Mei ini, Terengganu FC yang dianggap antara pesaing utama JDT musim ini tewas mengejut 1-4 di tangan Penang FC Sabtu lalu.

Apa sudah jadi selepas menewaskan juara bertahan (JDT) dan sebaliknya berlaku selepas itu?.

Walaubagaimana pun, apa sahaja yang berlaku sepanjang pusingan pertama itu ternyata sangat ‘menghidupkan’ suasana Liga Malaysia musim ini dan paling pasti persaingan sengit dijangka pada aksi aksi kedua liga minggu ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: